Bahasa halus ialah bahasa yang lebih sopan dan lebih manis serta
tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Selain itu,
bahasa halus juga merupakan penggunaan bahasa
yang beradat dan bersopan serta menggunakan segala strategi untuk kemanisan
berbicara.
Contoh bahasa halus ialah:
Mati- meninggal dunia
Berok- buang air besar
Buting- berbadan dua
Jamban- tandas
Orang gaji- pembantu rumah
Contoh ayat yang menggunakan bahasa halus
dalam perbualan ialah:
“Arwah
meninggal dunia sebab apa?” tanya seorang mak cik.
“Arwah kemalangan jalan raya semalam sewaktu balik dari
kerja”
jawab kawannya.
“Oooo..Yeke?Bila arwah hendak disimpan?” tanya mak cik itu
lagi.
“Insyallah, selepas asar jenazah akan dikebumikan.
p/s:
kegagalan kita dalam mempraktikan penggunaan bahasa halus dalam komunikasi
harian sedikit sebanyak memberi kesan negatif dalam kehidupan kita, contohnya
mula wujud bahasa kasar, bahasa slanga dan bahasa kesat.