Pilihan raya ke-13 ( Pru-13) menjadi isi hangat yang selalu
dibincangkan oleh masyarakat Malaysia kini. Siapa yang akan jadi pilihan
pengundi untuk dijadikan pemimpin Negara di masa akan datang. Adakah parti “pakatan
rakyat” atau “barisan nasional”?
Pekara seperti ini akan selalu kita dengar jika berada di “kedai
kopi” mahupun di stesen bas. Namun begitu ada juga segelintir masyarakat kita yang
sibuk menjaja cerita dan sengaja mencipta berita panas mengenai pilihan raya
yang bakal berlangsung.
P/S: sebagai masyarakat Malaysia, kita seharusnya bersama-sama
menyokong sistem pemerintahan demokrasi dengan keluar mengundi bagi sesiapa
yang layak. Kita juga seharusnya mengelakkan diri daripada menjatuhkan maruah Negara
dengan menyebarkan berita-berita yang tidak pasti tentang pru-13, penyebaran
berita seperti ini akan mengambarkan bahawa sistem demokrasi yang kita ada
telah goyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan