Penggunaan
kata ganti diri pertama dalam dialek Kelantan mengikut pengetahuan saya dapat
dibahagikan kepada beberapa jenis . antaranya ialah kata ganti diri pertama
dengan rakan karib, rakan seusia, dan orang yang lebih tua.
Penggunaan
kata ganti diri pertama bagi rakan karib ialah “kawe” dan “aku”. Penggunaan kata
ganti diri pertama ini menunjukkan keakraban mereka dan mereka bebas untuk
berkongsi pendapat.
Bagi rakan seusia yang
kurang akrab atau tidak dikenali penggunaan
bahasa yang lebih lembut digunakan
seperti “ambo” . Hal ini demikian kerana, bertujuan mengelakkan orang kedua
tersinggung atau ketidak fahaman maksud yang hendak disampaikan.
Penggunaannya dengan orang tua seperti “koto” dan “oghe” untuk
menunjukkan rasa hormat. Contohnya, "Abah, oghe nok gi ghumah saen meta
deh." (Abah, saya hendak pergi ke rumah kawan sekejap.)
P/S: Kata ganti diri merupakan pekara yang paling penting dan
perlu dijaga semasa bertutur dengan orang ramai. Pekara ini juga merupakan
salah satu daripada adat budaya Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan