Jumaat, 19 April 2013

Bahasa halus



Bahasa halus ialah bahasa yang lebih sopan dan lebih manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Selain itu, bahasa halus juga merupakan penggunaan bahasa yang beradat dan bersopan serta menggunakan segala strategi untuk kemanisan berbicara.

Contoh bahasa halus ialah:
Mati- meninggal dunia
Berok- buang air besar
Buting- berbadan dua
Jamban- tandas
Orang gaji- pembantu rumah


Contoh ayat yang menggunakan bahasa halus dalam perbualan ialah:

“Arwah meninggal dunia sebab apa?” tanya seorang mak cik.

    “Arwah kemalangan jalan  raya  semalam  sewaktu balik dari kerja”
     jawab kawannya.

    “Oooo..Yeke?Bila arwah hendak disimpan?” tanya mak cik itu 
       lagi.

    “Insyallah, selepas asar jenazah akan dikebumikan.

p/s: kegagalan kita dalam mempraktikan penggunaan bahasa halus dalam komunikasi harian sedikit sebanyak memberi kesan negatif dalam kehidupan kita, contohnya mula wujud bahasa kasar, bahasa slanga dan bahasa kesat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan