Sabtu, 30 Mac 2013

Retorik pemujukan



Retorik pemujukan biasanya dilakukan oleh juru jual yang ingin menarik perhatian pelanggan. Mereka akan memuji-muji kelebihan yang ada pada produk yang ditawarkan walaupun kadang-kala pekara tersebut tidak benar.
[Harga Lelong!] Singlet Cegah Buncit dan Boroi.

100% BERKESAN!!! Tak perlu tahan nafsu makan lagi :p

MUDAH DIPAKAI
KAIN TIDAK GATAL DAN PANAS
TERBUKTI BERKESAN
MEMBANTU PEMBENTUKAN BADAN SASA
MENCEGAH SAKIT BELAKANG
YANG PENTING ANDA MAMPU MILIK
PRODUK HOT

Diperbuat dari kain yang berkualiti dan boleh dipakai di mana-mana sahaja. Selesa dengan cengkaman lembut untuk merawat masalah 'lelaki mengandung'

TESTIMONI Pelanggan: http://on.fb.me/ZIKdDC

Harga Pasaran RM150.00. TAPI... untuk kali ini kami berbesar hati untuk berikan HARGA LELONG kepada anda dengan harga cuma RM100 sahaja:

** Terhad untuk 10 helai sahaja!!**

Cara dapatkan HARGA LELONG edisi terhad:

1. SMS 'HL Singlet' ke 019 743 1347
2. Senyum dan tunggu kami reply message anda untuk pengesahan.

Rujuk TESTIMONI Pelanggan kami yang berpuas hati di sini: http://on.fb.me/ZIKdDC

LIKE fanpage kami: Saya Lelaki Hebat


Sebagai pembeli kita seharusnya pandai menilai sebelum membuat keputusan…istilah “kalah membeli menang memakai” sudah tidak berapa sesuai untuk digunakan.
~ ~ menang membeli dan haruslah juga menang memakai ~ ~
Dalam kisah rumah tangga pula isteri juga banyak menggunakan retorik pemujukan. Isteri dalam proses memujuk tidak perlu menerangkan secara teperinci kehendak mereka hanya dengan meggunakan nada dan bahasa tubuh sudah memadai.
Contoh….
Isteri: Abaaaaang….
Suami: Kenapa ?
Isteri: Abaaaang saya lihat baju di kedai tersebut cantiklah….

P/S: Penggunaan retori pemujukan sememangnya mendatangkan banyak kelebihan tetapi harus digunakan dengan cara yang betul supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri ataupun orang lain.

Percampuran kod dalam komunikasi...





Lambakan rancangan rancangan realiti di Malaysia semakain meningkat seperti cendawan selapas hujan. Permintaan yang tinggi terhadap rancangan seperti ini telah menggalakan lagi syarikat televisyen untuk menerbitkan rancangan seperti ini.


Rancang realiti kadang kala terlalu sempoi dan banyak menggunakan bahasa rojak dan percampuran kod.kebanyakan juri memberi komen kepada perserta menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Percapuran kod seperti ini akan mempengaruhi penonton yang melihatnya sehingga menyebabkan pekara ini menjadi biasa dalam kehidupan mereka.



P/S: Diharap pihak penerbit lebih menitik berat mengenai hal ini. Dalam proses memartabatkan bahasa Melayu semua pihat harus bekerjasama bak kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Khamis, 28 Mac 2013

sikap masyarakat kita





Rakyat Malaysia selalu dikatakan bersopan santun. Tapi adakah sikap ini masih diamalkan dalam kehidupan kita kini. Sikap sesetengah masyarat Malaysia telah jauh daripada yang digambarkan oleh masyarat luar terutamanya pemandu teksi dan bas. Pekara seperti ini sepatutnya dihindari daripada terus menjadi wabak dalam masyarakat kita. Sikap tidak bersopan ini boleh menjatuhkan nama Malaysia di mata dunia sebagai Negara yang mempunyai rakyat yang berhemah tinggi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2sq8Gn4zLWAquUhVCL0YR6Uu7XR-x542yiz6LUWfIJYrPgd7d15XUZWfSWDwDTzxj8zpqHXVa-qIsuxxwXxpcKTy4Cayn1uq6gS7r4GITg2_zwQoPt-W0WyCMTR4wglavagcjdBTg1-Ac/s400/taxi.jpg
Pemandu teksi selalu mengenakan bayaran yang tinggi terhadap pelancong asing. Mereka juga menaikkan kadar bayaran mengikut kehendak mereka sendiri, jika kita menolak atau menyoalkan tentang kenaikan harga yang tidak berpatutan itu pasti akan menimbulkan pergaduhan.

P/S: Semasa menaiki teksi pilihlah teksi yang menggunakan meter untuk mengelakkan kita ditipu oleh pemandu yang tidak bertanggunjawab.