Panggilan mesra diantar rakan-rakan kita
sudah pastinya berbeza. Perbezaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh banyak faktor
antaranya ialah tempat asal mereka, keakraban hubungan ataupun faktor umur juga
memainkan peranan penting.
Saya berasal dari besut dan lebih biasa
menggunakan panggilan ‘aku’ dan ‘kau’ apabila bercakap dengan mereka yang rapat.
Keadaan ini berbeza pula apabila saya bercakap dengan mereka yang tidak
dikenali atau kurang akrab, panggilan ‘aku dan kau’ terus bertukar ‘saya dan
awak’.
Apabila kita menggunakan panggilan ‘aku dan
kau’ dalam perhubungan secara semulajadinya benteng perhubungan itu akan runtuh
serta merta. Oleh itu diantara rakan-rakan yang rapat penggunaan panggilan
mesra itu berbeza dengan mereka yang baru dikenali yang masih utuh benteng
perhubungan.
P/S: Panggilan yang saya guna semasa berhubung
dengan rakan-rakan saya di UPSI ialah ‘kawe
dan demo’ panggilan ini jarang digunakan walaupun dalam kalangan masyarakat
kelantan sendiri. Panggilan ini telah menjadikan hubungan kami bertambah mesra
dan unik. Jadi panggilah rakan-rakan kamu dengan panggilan mesra yang mereka
gemari untuk mengukuhkan lagi hubungan tersebut.
"kau" ke "mung"...tipuuuu, c(;
BalasPadam