Sabtu, 30 Mac 2013

Retorik pemujukan



Retorik pemujukan biasanya dilakukan oleh juru jual yang ingin menarik perhatian pelanggan. Mereka akan memuji-muji kelebihan yang ada pada produk yang ditawarkan walaupun kadang-kala pekara tersebut tidak benar.
[Harga Lelong!] Singlet Cegah Buncit dan Boroi.

100% BERKESAN!!! Tak perlu tahan nafsu makan lagi :p

MUDAH DIPAKAI
KAIN TIDAK GATAL DAN PANAS
TERBUKTI BERKESAN
MEMBANTU PEMBENTUKAN BADAN SASA
MENCEGAH SAKIT BELAKANG
YANG PENTING ANDA MAMPU MILIK
PRODUK HOT

Diperbuat dari kain yang berkualiti dan boleh dipakai di mana-mana sahaja. Selesa dengan cengkaman lembut untuk merawat masalah 'lelaki mengandung'

TESTIMONI Pelanggan: http://on.fb.me/ZIKdDC

Harga Pasaran RM150.00. TAPI... untuk kali ini kami berbesar hati untuk berikan HARGA LELONG kepada anda dengan harga cuma RM100 sahaja:

** Terhad untuk 10 helai sahaja!!**

Cara dapatkan HARGA LELONG edisi terhad:

1. SMS 'HL Singlet' ke 019 743 1347
2. Senyum dan tunggu kami reply message anda untuk pengesahan.

Rujuk TESTIMONI Pelanggan kami yang berpuas hati di sini: http://on.fb.me/ZIKdDC

LIKE fanpage kami: Saya Lelaki Hebat


Sebagai pembeli kita seharusnya pandai menilai sebelum membuat keputusan…istilah “kalah membeli menang memakai” sudah tidak berapa sesuai untuk digunakan.
~ ~ menang membeli dan haruslah juga menang memakai ~ ~
Dalam kisah rumah tangga pula isteri juga banyak menggunakan retorik pemujukan. Isteri dalam proses memujuk tidak perlu menerangkan secara teperinci kehendak mereka hanya dengan meggunakan nada dan bahasa tubuh sudah memadai.
Contoh….
Isteri: Abaaaaang….
Suami: Kenapa ?
Isteri: Abaaaang saya lihat baju di kedai tersebut cantiklah….

P/S: Penggunaan retori pemujukan sememangnya mendatangkan banyak kelebihan tetapi harus digunakan dengan cara yang betul supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri ataupun orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan