Isnin, 11 Mac 2013

Aku adalah aku dan kau tetap kau..



Seperti yang dapat kita lihat pada hari ini kegairahan anak muda terhadap artis pujaan mereka. Terutamanya pada soal pemakaian. Bagi mereka artis merupakan sumber inspirasi dan idola. Perasaan kagum dan minat mereka terhadap sesorang artis itu kadang-kadang melebihi kekaguman mereka terhadap ibu bapa yang melahirkan mereka. Itulah kegairahan remaja sekarang
Kalau dulu kegairahan mereka dalam memeinati artis tempatan mahupun artis barat, namun sekarang telah baralih arah kepada artis korea.

Diantara artis korea yang popular dalam kalangan remaja Malaysia.


Kalau dahulu memeakai kasut tanpa stoking merupakan sesuatu yang agak pelik dan janggal. Malah perbuatan tersebut juga merupakan satu kesalah untuk seorang pelajar sekolah.


Tidak siapa sangka baju kot untuk wanita juga boleh digayakan oleh lelaki.

Pemakaian kita merupakan lambang diri kita. Penilaian pertama yang dibuat oleh seseorang terhadap orang yang baru dikenali ialah cara pemakaian. Elok pemakaiannya maka baiklah perspektif pertama terhadap orang tesebut.

P/S: meminati sesorang merupakan lumrah manusia tapi haruslah berpada-pada. Walau apapun yang kita buat haruslah ingat siapa kita jangan dikatakan hilang jati diri. Rakyat Malaysia mempunyai jati diri yang tersendiri oleh itu sebagai generasi muda kita seharusnya mengekalkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan