Ahad, 17 Mac 2013

peribahasa melayu



Peribahasa melayu menurut Za’ba, ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian darpada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

Peribahasa ini dihasilkan bertujuan mendidik masyarakat Melayu. Kebanyakan peribahasa yang dicipta mempunyai unsur alam. Contoh-contoh peribahasa Melayu ialah:

Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam
[Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya]
Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam
[Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan]
Bahasa menunjukkan bangsa
[Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu]
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga
[Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang lain]
Datang tak berjemput, pulang tak berhantar
[Tetamu yang tidak penting]

Penggunaan peribahasa dalam percakapan melambangkan bahawa masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang bersopan-santun. Mereka memberi nasihat secara halus supaya orang yang menerima nasihat itu tidak tersinggung.

P/S: kalau orang dahulu boleh menjaga adab semasa bercakap kenapa tidak kita. Meluahkan perasaan boleh tapi haruslah berpada-pada sampai menyinggung persaan orang lain. Jagalah hubungan sesama kita kerana hal ini juga merupakan tuntutan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan