Peribahasa tersebut membawa maksud dalam
mendidik anak-anak haruslah bermula dari kecil. Rebun merupakan bahagian buluh
yang baru tumbuh dan senang dibentuk berbanding dengan buluh yang mungkin akan
patah jika salah cara melenturnya. Orang zaman dahulu mengandaikan bahawa
anak-anak seperti buluh harus dilentur dan diasuh semenjak dari kecil lagi,
jika tidak masalah lain yang akan timbul. Islam juga menyenaraikan langkah
dalam mendidik anak-anak yang betul.
4 tahap bagaimana
mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1) Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini,
Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak
dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa
mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap
anak-anak. Tidak boleh
dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk
mendidik. Kesannya,
anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa
membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik.
Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang
anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2) Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini kita mula
menanamkan nilai DISIPLIN
dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu
Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia
tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur
sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan
perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk
menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat
penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Kesannya, anak-anak akan lebih
bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah
masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut
acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang
muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3) Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja
yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak
dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan
berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja
perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka
dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.
Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan
mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain
tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua
mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka
sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan
terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua
kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini
adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan
memberi KEBEBASAN
dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan
dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula
pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin
yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat
yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku
yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
P/S: Kepada
rakan-rakan yang bakal menjadi ibu didiklah anak-anak sebaik-baiknya kerana
mereka adalah permata berharga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan