Kahwin muda
juga merupakan isi yang semakin hangat pada masa kini. Kahwin muda boleh
diertikan kahwin di waktu muda ataupun kahwin semasa belajar. Kahwin muda
disarangkan dalam islam kerana mampu membawa banyak kebaikan dan mengelakkan
dosa yang tidak disengajakan. Tapi berbeza pula dengan pandangan sesetengah masyarakat
kini, orang yang kahwin muda diistilahkan sebagai gatal. Pandangan masyarakat
sekarang yang seperti itu telah banyak mengubah cara hidup masyarakat melayu
sekarang. Pada zaman dahulu kebiasaanya wanita akan berkahwin dalam usia awal
20-an namun sekarang dalam usia lanjut 30-an masih ramai wanita yang belum
menamatkan zaman bujang mereka.
"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu
yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah"
bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya
ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia
tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
Terdapat
tiga alasan mengapa digalakkan kahwin awal dalam islam:
Pertama:
Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan
berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka
golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan
seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa
bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.
Kedua:
Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam
masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan
mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal
ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan
hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah
insyaAllah pasti ada jalannya.
Ketiga:
Mereka yang tidak dapat lagi menahan diri, mereka telah cuba, tetapi hati
mereka tetap tidak tenang, fokus hilang, hanya terasa ingin kahwin sahaja,
tetapi masih mampu menghalang diri daripada maksiat-maksiat, maka golongan ini
juga disyorkan agar mencari jalan terbaik dan mohon petunjuk Istikharah
daripada Allah, mengadu selalu kepada Allah, jika telah ada calon yang sesuai,
bersegeralah untuk halalkan dengan cara terbaik, tekadkan dalam diri bahawa
"aku lakukan ini kerana Taqwa", tingkatkan prestasi diri
melalui persiapan dari segenap segi, semoga jalan yang dipilih itu
paling diberkati!
nak khawin dah kerr...?
BalasPadamsaya tunggu awak buat kenduri dulu...
Padam