Membuat blog merupakan salah satu daripada tugasan untuk kursus sosiolinguistik. Dalam menghasilkan blog ini saya telah mendapat bantuan daripada rakan-rakan saya yang merupakan blogger yang aktif. Mereka telah banyak membantu saya untuk mengcantikkan blog saya. Pada mulanya saya mengalami kesukaran dalam menghasilkan blog ini kerana kelemahan saya dalam IT. Penghasilan blog ini banyak mengajar saya erti kesabaran dan kegigihan. saya berharap hasil penulisan saya dapat memberi manfaat kepada semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan