Pengajaran mikro merupakan salah satu tugasan untuk kursus KPD. Pengajaran mikro merupakan proses pembelajaran yang melibatkan pengajaran dalam kumpulan kecil. Bilangan murid biasanya terdiri daripada 6-10 orang. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang.
Terdapat sepuluh tajuk kecil dalam persediaan pengajaran
mikro diantaranya kemahiran pengukuhan, kemahiran menyoal, kemahiran alat bantu
mengajar dan lain-lain. Setiap pelajar hanya akan membuat satu kemahiran sahaja
kerana masalah kekangan waktu. Hasil daripada undian saya mendapat tajuk
kemahiran menyoal.
Pelbagai persediaan yang perlu saya lakukan untuk merancang
satu proses pengajaran dan pembalajaran berasaskan kemahiran menyoal. Persedian
awal sebelum mengajar penting bagi memudahkan saya untuk menyampaikan hasil
pembelajaran yang lebih baik.
Setiap persembahan akan dinilai oleh ahli kumpulan. Tiga orang
daripada ahli kumpulan akan dilantik menjadi penilai dan seorang akan menjadi
perakam. Setiap penilai akan dibekalkan borang penilai dan mereka akan
memberikan markah berdasarkan sub tajuk yang akan dipersembahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan