Jumaat, 8 Mac 2013

DIALEK


Penggunaan dialek dalam percakapan kalangan pelajar UPSI amat berleluasa. Penggunaan bahasa dialek yang ketara dalam kalangan rakan-rakan perjuangan saya ialah dialek Kelantan dan dialek utara. Sememangnya penggunaan dialek merupakan satu kebiasan dan berfungsi untuk mengeratkan lagi hubungan kenegerian diantara pelajar.

            Namun begitu, penggunaan dialek ini juga membawa kesan negatif terutamanya sebagai seorang pelajar dalam jurusan pendidikan bahasa Melayu. Keterbiasaan pelajar terhadap penggunaan dialek dalam percakapan akan menyebabkan mereka menjadi kurang peka terhadap penggunaan bahasa Melayu baku. Selain itu, pekara yang selalu terjadi dalam kalangan pelajar UPSI ialah tersasul menggunakan dialeh dalam membentangkan hasil tugasan di dalam kuliah.

P/S: Sebagai bakal guru bahasa bahasa Melayu saya menyarankan kawan-kawan semua menerapkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam percakapan harian bagi membiasakan diri dengan proses P&P di sekolah kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan