Ahad, 17 Mac 2013

SALAH SIAPA



Perfileman negara semakin berkembang naik seperti cendawang selepas hujan. Peningkatan yang mendadak ini hasil daripada sokongan rakyat negara ini sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan pihak Finas terpaksa menetapkan jumlah filem dan tempoh sesebuah filem itu ditayangkan dalam satu-satu masa.
Tanpa kita sedari perkembangan industri perfileman negara juga memberi kesan negatif kepada generasi muda pada masa kini. Penggunaan bahasa yang kasar dan tidak sopan semakin berleluasa dalam filem-filem tempatan sekarang contonya KL gangster, aku masih dara, remp-it dan sebagainya. 



"Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang."
“Ala, ko hilg dara je pn, bkn hilg nyawa lh beb!.”
“Lu langsi, Lu mati.”




Diantara dialog dalam filem
Filem ini menjadi kegemaran anak muda sekarang kerana jalan memenuhi jiwa mereka. Namun sebagai orang yang berpendidikan seharusnya kita sedar bahawa jika pekara ini tidak dikawal akan menyebabkan berlakunya masalah yang lebih besar seperti gejala sosial.


Kepada siapakah masalah ini perlu diutarakan???
Kepada pengarah filem atau penulis skrip yang tidak menggunakan bahasa yang betul mahupun kepada penerbit itu sendiri. Ibu bapa juga boleh diersalahkan kerana tidak mengawal tindak-tanduk anak-anak mereka. Sebagai rakyat Malaysia yang berhemah tinggi pekara ini seharusnya dipandang dengan lebih oleh semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan