Terima
kasih dalam pemahaman saya merupakan ucapan penghargaan kepada seseorang
terhadap budinya tidak kiralah besar atau kecil. Namun begitu budaya berterima
kasih semakin kurang diamalkan sekarang. Kesibukan masyarakat mengejar kekayaan
menyebabkan mereka kurang menyedari bertapa pentingnya nilai murni dalam
kehidupan.
“Biar miskin harta asal kaya budi bahasa”
“Kata-kata tersebut merupakan pesanan orang yang
terdahulu. Kata tersebut membawa maksud tidak mengapa jika kita tidak mempunyai
harta benda asalkan nilai-nilai murni selalu diterapkan dalam diri”.
Kurangnya
keperihatinan masyarakat sekarang terhadap nilai-nilai murni dalam kehidupan
harian telah banyak memberi kesan negatif. Sikap anak-anak muda sekarang yang
tidak lagi menghormati orang tua merupakan salah satu hasil daripada pengabaian
masyarakat terhadap nilai murni. Keadaan ini lebih ketara apabila berada di
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
P/S: Ucapan
terima kasih merupakan nilai murni yang paling mudah yang dapat kita lakukan. Tanpa
perlu mengeluarkan tenaga ataupun wang ringgit salah satu daripada nilai murni
dapat kita amalkan. Saya berbanga dengan rakan-rakan UPSI yang masih lagi
mengamalkan budaya berterima kasih kepada sesiapa sahaja. Sikap ini haruslah
berterusan supaya dapat diterapkan pula kepada generasi yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan