Semalam ada perjumpaan dengan Ketua jabatan dan penasihat perbayu di dewan KZ. Perjumpaan tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mengemukakan masalah yang berkaitan semasa berada di UPSI. Persoalan yang menerik perhataian saya semasa perjumpaan tersebut ialah penyelia bagi pelajar semester 8 dalam menghasilkan tesis. Pelajar semester 8 telah mencadangkan kepada pihak fakulti untuk menetapkan penyelia lebih awal untuk pelajar semester 6 bagi memudahkan kerja untuk menghasilkan tesis nanti. Pandangan tersebut disambut baik oleh Dr. Dahlia namun begitu, tedapat beberapa kesulitan dalam menangani masalah tersebut. Persoalan lain yang disebut dalam perjumpaan tersebut ialah mengenai masalah dewan kuliah yang dibahagikan kepada dua iaitu di kampus baru dan kampus lama yang melambatkan pergerakan pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan