Ia diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan. Beliau kemudiannya memperkenalkan Kod Undang-undang Sulu (Diwan) pertama berdasarkan al-Quran, dan memperkenalkan institusi politik Islam serta penyatuan Islam sebagai agama rasmi negara. Pada 1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di Brunei, Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah). Bagaimanapun pada 1878, Sultan Sulu memajak Borneo Utara kepada Eropah. Perjanjian itu menyatakan bahawa pajakan adalah kehendak sendiri dan ia sah sehingga akhir zaman.
Kesultanan Sulu menerima pembayaran
serahan tahunan bersamaan dengan 5,000 dolar Malaya, yang kemudiannya meningkat
kepada 5,300 dolar Malaya pada 1903. Borneo Utara berada di bawah naungan British
dari akhir abad ke-19. Kawasan berkenaan mendapat tempoh singkat kemerdekaan
sebelum menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Sejak
itu Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada
Kesultanan Sulu. Keturunan bekas Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah
berkenaan, sebaliknya bersetuju untuk menerima pembayaran serahan berdasarkan
perkiraan sebelumnya. Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa minggu yang
lalu.
Kesultanan Sulu kemudiannya berada di
bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka menandatangani Protokol Madrid
dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.
Kesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani
Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik
kepada Amerika Syarikat. Filipina, bagaimanapun terus mengiktiraf Kesultanan
Sulu sebagai sebuah entiti berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah
A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut
gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III.
P/S: Semoga krisis di Sabah dapat diselesaikan dengan aman tanpa melibatkan peperangan. Peperangan hanya akan membawa kemusnahan dan kerugian kepada semua pihak. Begitu juga dengan kehidupan seharian kita pergaduhan hanya akan membawa keburukan tanpa meninggalkan kesan positif.
... sabar itu indah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan